Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini memaklumkan bahawasanya :
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda baginda iaitu anakanda kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah dengan nama :
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Nabeelah Najmul Bolqiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat baginda seterusnya dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucapan selamat berikutan dengan meluaran cucunda baginda itu pada Rabu, 10 Syawal 1446 bersamaan 9 April 2025, jam 6.54 pagi.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto